Berminat untuk maklumat lanjut mengenai pakej UMRAH terkini sila hubungi Encik Amir ditalian 0176842836.

FAQ

 

 

Adakah pihak syarikat menyediakan pengangkutan untuk ke KLIA?

Ya, pihak syarikat ada menyediakan perkhidmatan bas secara PERCUMA dari Simpang Renggam ke KLIA sahaja. Bagi mereka yang tinggal luar dari kawasan Johor, syarikat hanya menyediakan perkhidmatan bas secara PERCUMA jika jemaah di tempat itu melebihi dari 30 orang.

 

Jika saya mahu beli Ground Pakej dan Visa sahaja, bolehkah syarikat tuan uruskan? Perlukah saya beli sendiri tiket penerbangan?

In Sya Allah, boleh. Pihak kami perlu berbincang dengan pihak tuan terlebih dahulu dengan lebih lanjut sebelum kami memberikan harga.

 

Kalau dari Sabah dan Sarawak, adakah harga pakej masih sama?

Ya, masih sama. Semua harga pakej adalah bermula dari KLIA sehingga tiba di KLIA semula.

 

Siapakah yang perlu saya hubungi untuk berurusan?

Anda boleh menghubungi talian Hotline kami di 011-1080 2800 atau 011-1080 3800 untuk berurusan secara terus dengan pihak HQ.

 

Macam mana kalau saya nak daftarkan ayah saya yang warganegara Indonesia?

Kami boleh uruskan visa warganegara Indonesia, tertakluk pada terma dan syarat. Jika warganegara asing yang menetap di Malaysia dengan menggunakan permit atau visa, ia mestilah sah tempoh laku sekurangnya 6 bulan dari tarikh pergi.

 

Berapakah jarak antara hotel dan masjid?

Bergantung pada tarikh dan pilihan pakej. Pakej Premium 50 meter, Pakej Selesa 250 meter, manakala Pakej Ekonomi pula lebih dari 800 meter.

 

Ada tak pakej umrah yang lebih dari 15 hari?

Setakat ini, kami cuma ada pakej umrah 12 hari sahaja.

 

Berapakah masa yang diperuntukan untuk jemaah umrah melakukan ibadah selain dari ziarah sahaja?

Alhamdulillah, kami akan memastikan kesemua jemaah umrah kami berada di dalam masjid 12 jam sehari.

 

11 hari sahaja? Kebiasaannya berapa hari kalau pakej lain?

Majoriti agensi perlancongan yang lain hanya buat 11 hari 9 malam sahaja.

 

Saya kemalangan. Bolehkah saya mengerjakan ibadah umrah dengan berkerusi roda?

Boleh, tapi anda wajib ada pembantu khas yang ikut bersama untuk menjaga anda di sana.

 

Kenapa harga pakej umrah berbeza-beza?

Harga setiap pakej berbeza-beza kerana hotel dan syarikat penerbangan untuk setiap pakej juga adalah berbeza. Walaupun begitu, kami menjamin bimbingan umrah yang sempurna kepada anda tanpa mengira pakej yang anda pilih.

 

Berapakah bayaran untuk membuat tempahan pakej umrah?

Anda boleh membuat bayaran deposit sebanyak RM 1,000 sahaja untuk menempah pakej umrah dan perlu menjelaskan baki bayaran sebelum 60 hari dari tarikh pergi.

 

Adakah harga pakej yang diberikan adalah tetap atau ada bayaran tersembunyi?

Harga pakej yang kami iklankan adalah harga bermula dari KLIA sehingga tiba di KLIA semula dan tiada bayaran tersembunyi KECUALI atas permintaan jemaah untuk ditempatkan sebilik berempat, sebilik bertiga atau pun sebilik berdua.

 

Berapakah jarak hotel dengan Masjidilharam?

Jarak hotel dengan Masjidilharam adalah bergantung kepada pakej dan tarikh yang anda pilih. Layari laman web mampu umrah untuk maklumat lanjut.

 

Harga pakej untuk sebilik berapa orang? Kalau single pax macam mana pula? Kos tetap sama kah?

Harga pakej yang diiklankan adalah untuk sebilik berlima atau berenam. Jika single pax, anda akan digandingkan dengan jemaah yang lain dalam sebilik berlima atau sebilik berenam.

 

Saya sedang menjalani rawatan dialisis, bolehkah saya menunaikan ibadah umrah?

Boleh dan tiada halangan dari pihak kami tetapi ada terma dan syaratnya. Antaranya, anda wajib bawa pembantu khas yang ikut bersama anda untuk menjaga anda, kos rawatan atas tanggungan anda sendiri dan pihak kami tidak akan mengulangi program yang anda terlepas ketika anda sedang dialisis dan lain-lain lagi.

 

Apa yang saya dapat dari pakej umrah ni?

Pakej umrah anda termasuk tiga kali bimbingan umrah, insurans, air zam-zam lima liter, beg silang, beg uncang kasut, beg bagasi 20 inci, beg bagasi 24 inci (pilihan) dan juga buku panduan umrah.

 

Syarikat ada buat upah haji tak?

Ya, ada. Harga untuk upah haji hanya RM2,200 sahaja.

 

Pakej umrah ni terus ke Jeddah/Madinah atau kena transit dulu?

Pakej ini tiada transit mana-mana (penerbangan sehala) KLIA-Jeddah-Madinah-KLIA atau KLIA-Madinah-Jeddah-KLIA. Jika ada transit pun cuma sekejap sahaja bergantung pada pilihan tarikh.

 

Adakah pakej umrah ni termasuk makan sekali?

In Syaa Allah, di Hotel Madinah (Jauharat Al-Rasheed) kami ada sediakan makan manakala di Hotel Mekah pula bergantung kepada jenis pakej yang anda pilih.

 

Saya warganegara Indonesia manakala suami saya pula warganegara Malaysia. Bolehkah saya mengerjakan ibadah umrah menggunakan passport Indonesia?

Boleh dan tiada masalah. Anda cuma perlu pastikan tempoh sah laku visa anda untuk berada di Malaysia adalah lebih dari 6 bulan dari tarikh anda pergi.

 

Saya dimaklumkan bahawa perempuan di bawah umur 45 tahun memerlukan seorang mahram. Bagaimana jika saya tiada mahram?

Seorang perempuan di bawah umur 45 tahun wajib mempunyai seorang mahram lelaki yang berumur 18 tahun ke atas. Orang lelaki di bawah umur 18 tahun juga wajib ada mahram lelaki bersamanya. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun pula wajib seorang ibu pergi bersamanya disamping mahram lelaki yang lain.
 
 
 
 
 

Pakej Termasuk

+ 1x Ziarah Madinah+ 2 x Ziarah Mekah+ Insurans+ Air Zam-Zam+ Beg Sling+ Uncang Kasut+ Buku Panduan Umrah+ Beg Bagasi 20 Inci+ Beg Bagasi 24 Inci (Pilihan)

Pakej Ekonomi

Hotel Dekat - Harga Mampu - Bimbingan Sempurna 

Hotel Mekah: Saifu Taubah (800m) / Al Kiswah Tower (1500m)*Shuttle 24 jam @ Setaraf

Hotel Madinah: Jauharat Al Rasheed (150m)

Pakej Selesa

Hotel Dekat - Harga Mampu - Bimbingan Sempurna 

Hotel Mekah: Tharawat Andaloseya @ Setaraf (400m - 500m)

Hotel Madinah: Jauharat Al Rasheed (150m)

*Fullboard

Pakej Makarem

Hotel Dekat - Harga Mampu - Bimbingan Sempurna 

Hotel Mekah: Makarem Ajyad @ Setaraf (150m - 200m)

Hotel Madinah: Jauharat Al Rasheed (150m)

Pakej Safwa

Hotel Dekat - Harga Mampu - Bimbingan Sempurna 

Hotel Mekah: Safwa Tower/Millenium (Hilton) @ Setaraf (50m) - Tiada Makan

Hotel Madinah: Jauharat Al Rasheed (150m)

Pakej Ajwa

Hotel Dekat - Harga Mampu - Bimbingan Sempurna 

Hotel Mekah: Elaf Kinda @ Setaraf (60m)

Hotel Madinah: Jauharat Al Rasheed (150m)

*Fullboard

PAKEJ UMRAH

Kami menawarkan pelbagai pakej mampu umrah untuk anda pilih mengikut bajet anda.*Sebarang Perubahan dan Syarat adalah bergantung kepada pihak Syarikat.

Kami Mempunyai Mutawwif Terpilih & Terlatih

Mutawwif & Mutawwifah dari Malaysia yang sentiasa bersama anda dari awal hingga akhir program. Bimbingan menggunakan peralatan pendengaran tanpa wayar (transmiter & receiver) di mana para jemaah dapat mendengar dengan jelas setiap arahan & bacaan doa yang dibacakan oleh Mutawwif.

.

Visi

 

Peneraju solusi pengembaraan pilihan muslim dengan bimbingan sempurna dan menggamit memori indah sepanjang hayat.

 

Misi

Syarikat perniagaan pelancongan muslim yang mempunyai kepakaran, terutamanya dalam pengurusan ibadah umrah.

Memberi jaminan kepada setiap jemaah mendapat kesempurnaan dalam ibadah umrah.

Membimbing jemaah A-Z melalui mutawwif terpilih dan terlatih yang akan menggamit memori indah sepanjang hayat.

Menyelamatkan seramai mungkin jemaah umrah agar mendapat ibadah umrah yang sempurna melalui pakej mampu dan diyakini jujur serta memberi kesan dalam jiwa jemaah.

 

 

Berminat untuk maklumat lanjut mengenai pakej UMRAH terkini sila hubungi Encik Amir ditalian 0176842836.

Latar belakang Syarikat

El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perlancongan muslim 100% milikan bumiputera. Syarikat kami telah bertapak di Simpang Renggam, Johor sudah lebih dari enam tahun. Setakat ini, syarikat kami sudah pun mempunyai lebih dari empat buah cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Kota Tinggi, Bandar Baru Bangi, Sungai Petani dan juga di Kuantan. Syarikat kami menawarkan pakej mengerjakan ibadah umrah dengan harga mampu milik dan menjamin umrah yang sempurna kepada jemaah-jemaah kami.

Agency © 2018 | Created with Majulink