Ramai kakitangan kerajaan yang nak beli rumah tapi masih ada yang tak tahu tentang kewujudan LPPSA Lembaga Pinjaman Perumahan Penjawat Awam sebagai institusi pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan.

 

Saya pun pernah juga jumpa dengan kakitangan kerajaan yang nak beli rumah dan mereka lebih memilih bank lain dari pinjaman LPPSA untuk buat loan rumah. Kebanyakan mereka lebih memilih loan LPPSA sebagai pinjaman terakhir mereka.

 

Tentu saja saya sebagai ejen hartanah faham terhadap situasi macam ni dan sudah tentu semua jenis pinjaman ni ada kelebihan dan ada kekurangannya.

 

Apa yang saya nak kongsikan kat sini hari ni adalah kelayakan pinjaman perumahan kerajaan. Mungkin perkongsian hari ni dapat memberi sedikit pemahaman pada kita sebagai pembeli atau sebagai ejen hartanah.

 

Sebelum saya cerita lebih lanjut saya nak anda faham beberapa perkara.

 

Pertama, jumlah kadar faedah yang dikenakan oleh LPPSA dan bank.

 

Seperti yang kita tahu, LPPSA dan bank adalah institusi perbankan dan pinjaman di Malaysia dan mereka berhak memberi pinjaman pada kita mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

 

Saya harap perkongsian hari ni dapat anda kongsikan dengan kawan-kawan anda supaya mereka pun boleh tahu apa ilmu yang anda tahu hari ni.

 

Apakah kelayakan pinjaman perumahan kerajaan ni, susah ke?

 

Mudah je, pinjaman perumahan LPPSA hanya boleh dipohon oleh Kakitangan Kerajaan Malaysia dan badan berkanun yang berstatus jawatan tetap sahaja.

 

Bagi badan berkanun, hanya badan berkanun terpilih sahaja yang layak memohon pinjaman LPPSA ni. Maksudnya orang gomen je yang boleh apply.

 

Setiap pemohon wajib sah jawatan tetap dan telah meneriman surat pengesahan taraf berpencen terlebih dahulu sebelum memohon pinjaman perumahan LPPSA ni.

 

Gaji bersih harus mencukupi untuk pinjaman berdasarkan pengiraan yang telah ditetapkan oleh LPPSA.

 

Apa kelebihan pinjaman Perumahan LPPSA?

 

Kelebihan memang banyak diberikan untuk kakitangan Kerajaan. Antara kelebihan pinjaman LPPSA ni, 100% pinjaman diberikan untuk pemohon. Walaupun pinjaman penuh 100% tapi bayaran untuk guaman untuk transaksi jual beli dan pertukaran nama kita perlu sediakan sendiri.

 

Yang menariknya lagi, LPPSA tak seperti pinjaman bank lain di luar sana. Walaupun kita mempunyai rekod CCRIS, CTOS atau Black-list, kita masih berpeluang untuk memohon pinjaman perumahan dari LPPSA.

 

Pinjaman Perumahan LPPSA

 

LPPSA tidak hanya menyediakan pinjaman untuk perumahan malah LPPSA pun turut menyediakan pinjaman untuk kita membeli tanah dan rumah kedai.

 

Tapi kena ikut beberapa syarat yang dah ditetapkan oleh LPPSA untuk pinjaman rumah kedai ni, seperti contoh. Mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.

 

Kadar faedah yang dikenakan oleh LPPSA ni jauh lebih murah berbanding bank lain diluar sana yang bersandarkan pada BLR Base Lending Rate.Percaya tak kalau saya katakan faedah hanya 4% dan kadar faedah ni kekal sampai rumah yang kita beli tu selesai.

 

                 BLR keluaran Bank Negara 2019

Sumber: Bank Negara Malaysia.

Download Link: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=19&bb=file

 

LPPSA hanya benarkan pengunaan pinjaman perumahan ni hanya 2 kali sahaja. Maksudnya kita boleh beli 2 biji rumah dengan pinjaman LPPSA ni tapi syaratnya kita perlu selesaikan baki pinjaman pertama.

 

Kalau anda suami isteri kakitangan kerajaan sepatutnya anda mampu membeli 4 biji rumah.3 biji kita jadikan aset pelaburan dan 1 kita duduk la sendiri.

 

Bestkan tiap-tiap bulan orang lain tolong bayarkan hutang kita.

 

Dah la bayaran bulanan tu murah, siap ada orang tolong bayarkan setiap bulan.

 

Rumah sewa naik setiap tahun tapi bayaran pada LPPSA tetap sama. Memang la sangat menguntungkan.

 

Macam tu orang gomen boleh buat duit dengan mudah.

 

Hari ni dah tahu serba sedikit tentang kelayakan pinjaman perumahan kerajaan,kan?

 

Nak tau macam mana nak cari rumah yang bagus untuk pelaburan?

 

Berminat untuk semak kelayakan membeli rumah yang layak dibeli : Hubungi Azizul Hartanah 01129616029https://www.majulink.com/

 

*Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak LPPSA

 

Tempah dan Beli Sekarang RUMAH MAMPU MILIK:

 

1.SKIM ZERO DEPOSIT

 

2. FREE BOOKING (PERCUMA UNTUK TEMPAHAN)

 

3. PERCUMA YURAN GUAMAN.

 

4.PEMBELI hanya perlu isi borang Pembelian Rumah dan Sediakan Dokumen Lengkap untuk Memilik Rumah Idaman. 

 

5. Blacklist Layak Memohon (Penjawat Awam dan Pekerja Badan Berkanun Sahaja)

 

Mudah, Cepat dan Selamat.

        PROMOSI "MEGA SALE"          JUALAN  RUMAH

            MAMPU MILIK     

SKIM ZERO DEPOSIT 

UNTUK MILIKI RUMAH IDAMAN.

# Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA

 

Mungkin ada segelintir kawan kawan kita dari kakitangan kerajaan yang masih tak tau tentang kewujudan Pinjaman Perumahan LPPSA dan Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA yang diberikan istimewa untuk kaitangan kerajaan dan Badan Berkanun Terpilih saja.

 

Jom kita kongsi kelayakan pinjaman lppsa

 

Tak kisah la ada yang tahu atau ada yang masih belum tahu, yang penting kta boleh share apa yang kita tau,kan?

Ada ke yang masih tak tau apa tu Pinjaman LPPSA?

Saya nak share sikit bab kelayakan pinjaman LPPSA dalam posting kali ni.

 

# Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA

 

Ok, senang cite macam ni, LPPSA ni diwujudkan untuk memberi pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang terpilih di seluruh Malaysia. Andai anda bekerja dalam sektor swasta, anda tidak layak untuk pinjaman LPPSA ni.

Jika anda kakitangan kerjaan dan masih dalam kontrak, anda juga tidak layak memohon kerana syarat pinjaman adalah kakitangan kerajaan yang telah sah jawatan tetap sahaja.

 

# Faedah Yang Rendah

 

Kadar keuntungan pinjaman hanya 4% jauh lebih murah berbanding dengan pinjaman perumahan di bank bank komersil yang lain.

 

# Jenis Pinjaman Perumahan LPPSA

 

LPPSA bukan hanya bagi pinjaman hanya untuk pembelian rumah saja tapi melibatkan pembelian tanah dan rumah kedai.

Semua ni ada tentu syarat-syarat yang perlu kita ikut tapi kita akan bincang pada posting lain.

 

 

Kali ini jom kita semak berapa pinjaman perumahan maksimum yang boleh kita dapatkan dari LPPSA ni dan anggaran bayaran balik pinjaman perumahan.

 

Pada yang tak tau macam mana nak tengok gaji bersih, boleh tengok kat gambar contoh penyata gaji kat bawah ni.

Contoh Penyata Gaji kakitangan kerajaan

 

# Jumlah anggaran pinjaman perumahan dan aggaran bayaran balik pinjaman LPPSA

 

Bil

Gaji Bersih

Kelayakan Maksimum

Anggaran Bayaran Balik Umur Bawah 40 Tahun

1

RM 6,500 Keatas

RM 750,000

RM 4,026.16 Sebulan

2

RM 6,000

RM 720,000

RM 3,865.12 Sebulan

3

RM 5,700

RM 680,000

RM 3.650.39 Sebulan

4

RM 5,500

RM 650,000

RM 3,489.34 Sebulan

5

RM 5,000

RM 600,000

RM 3,220.93 Sebulan

6

RM 4,700

RM 560,000

RM 3,006.20 Sebulan

7

RM 4,500

RM 540,000

RM 2,898.84 Sebulan

8

RM 4,300

RM 510,000

RM 2,737.79 Sebulan

9

RM 4,000

RM 470,000

RM 2,523.06 Sebulan

10

RM 3,800

RM 450,000

RM 2,415.70 Sebulan

11

RM 3,500

RM 420,000

RM 2,254.65 Sebulan

12

RM 2,900

RM 340,000

RM 1,825.19 Sebulan

13

RM 2,300

RM 270,000

RM 1,449.42 Sebulan

14

RM 1,700

RM 200,000

RM 1,073.64 Sebulan

 

**Jadual Pinjaman Perumahan ini hanya anggaran dan sebagai panduan rujukan sahaja.

Gaji bersih adalah baki gaji selepas di tolak dengan potongan, hanya elaun TETAP sahaja yang di kira.

 

Sekarang dah tau berapa kelayakan pinjaman perumahan LPPSA kita kan?

Lepas ni dah senang nak buat keputusan rumah mana yang nak di beli nanti.

 

Berminat untuk semak kelayakan membeli rumah yang layak dibeli : Hubungi Azizul Hartanah 01129616029https://www.majulink.com/

 

*Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak LPPSA

 

 

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

T

 

 

SMART HARTANAH JUAL RUMAH MAMPU MILIK

SKIM ZERO DEPOSIT

 

 

NAK TAHU PASAL PINJAMAN LPPSA ?

 

Agency © 2018 | Created with Majulink