TOLONG ISI MAKLUMAT BERIKUT UNTUK SERTAI ZOOM WEBINAR TENTANG PELABURAN HARTANAH OLEH FAIZUL RIDZUAN. PERCUMA. TEMPAT TERHAD. DAFTAR SEGERA. PERCUMA E-BOOK PELABURAN HARTANAH DAN KEWANGAN.

1. First Name :
2. Last Name (Nama Bapa) :
3. Email :
4. Mobile Phone Number:
Send
Send
Form sent successfully. Thank you.
Please fill all required fields!

🔥🔥 WOW!! BELAJAR PELABURAN HARTANAH DENGAN FAIZUL RIDZUAN. PERCUMA. TEMPAT TERHAD. ZOOM WEBINAR🔥🔥

HUBUNGI SEKARANG

HALAMAN UTAMA

28 March 2021

Berminat ambil peluang utk join sesi PERCUMA Faizul Ridzuan  utk Zoom Briefing secara PERCUMA..

 

Briefing bagi penjawat awam, pekerja badan berkanun dan swasta yang masih menyewa atau tinggal di kuarters kerajaan dan berminat untuk buat pelaburan dengan membeli rumah dengan harga dan pakej istimewa..

 

Pembeli Rumah Yang Hendak Tahu Lanjut Mengenai Pelaburan Hartanah under Group Faizul Ridzuan dengan Harga Dan Pakej Istimewa Sebab Beli Rumah “Under Bulk Purchase” boleh juga join

 

Perunding Hartanah, Takaful dan Unit Trust yang hendak buat hustle income juga boleh join..

 

Berminat untuk saya daftarkan secara percuma tolong beritahu saya

 

majuproperty.com

 

majulink.com

 

Berminat untuk maklumat lanjut berkenaan WEBINAR PERCUMA Pada Masa Akan Datang sila wasap ke 

 

wasap.my/60176842836/FaizulRidzuan

 

wasap.my/60176842836/FaizulRidzuan

 

4 cara dapatkan duit beli rumah pertama anda tahun ini.

 

Tok cukup suka bertandang kat Facebook rakan-rakan seperjuangan. Cukup banyak ilmu pelaburan hartanah yang ohsem untuk pelabur baru baca.

 

Ilmu pelaburan lain pun turut sama dibogelkan kat sini. Tinggal nak hadamkan dan mulakan tindakan saja.

 

Tok harap lebih ramai yang dah mula celikkan mata tentang dunia pelaburan untuk menjamin masa depan.

Bagi yang masih buntu nak dapatkan duit membeli rumah pertama, elok baca perkongsian ini.

Mulakan langkah pertama anda kat sini

 

Secara asas, kita perlu sediakan 15% daripada harga jualan rumah sebagai modal pendahuluan.

Ini ada satu contoh mudah. Untuk membeli rumah kat pasaran subsale (rumah secondhand) yang berharga RM100,000, kita kena sediakan sekurang-kurangnya RM15,000.

 

Senang kan? Tak perlu gunakan rumus kalkulus atau sebarang formula matematik yang lain (yang Tok sendiri pun kurang tahu).

 

Jumlah 15% ini termasuk:

  • 10% = jumlah deposit rumah,

  • 5% = bayaran untuk yuran guaman (legal fees),fi penilaian (valuation fee), dan lain-lain perkara yang berkaitan.

 

Kita boleh saja tambah lagi 5% kat dalam jumlah ini, sebagai persediaan kalau-kalau rumah itu perlukan

pengubahsuaian.

 

Dan ramai yang kecundang kat sini. Logik untuk kita katakan, tak senang nak kumpul jumlah sebanyak ini.

 

Dah tentu ia bukan satu kerja yang mudah, kan?

 

Kalau tak ada matlamat yang jelas beserta semangat yang jitu, tiap kali hujung tahun, tabung deposit rumah ada potensi bocor dek penangan YES (Year End Sale). Setuju?

 

Tapi, tak bermakna matlamat ini mustahil untuk kita capai. Itu sebab korang baca artikel ini sekarang, kan?

Anda boleh beli rumah pertama dengan 4 cara ini

 

Mula-mula, sentiasa tetapkan dalam minda kita perkara ini:

 

“Misi aku adalah untuk dapatkan RM15,000 sebagai down-payment rumah pertama”.

 

Okay. Dah selesai tetapkan fokus kita? Jom kita baca 4 cara untuk mencapai matlamat ini sekarang:

 

Cara #1: Buat tabung khas untuk kumpul deposit ini

 

Katakan, untuk tempoh 1 bulan, kita mampu menyimpan RM1,000 daripada gaji kita.

 

Bila buat kira-kira, kita hanya perlu menyimpan selama 15 bulan berturut-turut untuk cukupkan jumlah ini.

 

Bermakna, kita hanya perlu bersabar untuk tempoh 1 tahun 3 bulan saja.

 

Dan tempoh ini akan makin meningkat kalau kita mampu menyimpan lebih rendah daripada  jumlah ini. Katakan, kita hanya boleh simpan RM500 saja setiap bulan. Jadi, ia akan makan masa selama 30 bulan (2 tahun 6 bulan).

 

Lagi sikit, lagi lama jumlah masa yang kita kena tempuh. Kalau korang, sanggup ke? Kalau boleh, mesti kita nak cepat-cepat capai jumlah RM15,000 itu kan?

 

Tapi, nak tak nak, kita kena hadap juga sebab masa juga adalah modal utama. Kalau tak sabar, sampai ke sudah kita tak akan dapat kumpul duit nak bayar deposit rumah.

 

Kita boleh juga gunakan sebarang medium yang ada untuk maksimumkan simpanan, contohnya ASB Financing-i, Tabung Haji, Unit Trust, pelaburan emas, atau lain-lain.

 

Cara #2: Pinjam duit ahli keluarga

 

Kalau kita berasal dari keluarga yang kaya-raya, boleh cuba pinjam kat ayah bonda, atau adik-beradik yang banyak duit.

 

Selagi boleh, elakkan meminjam kat orang luar. Sebab kalau apa-apa perkara buruk terjadi, susah kita nak uruskan. Lagipun, keluarga terdiri daripada orang yang boleh kita percayai.

 

Ada kelebihan ni? Boleh pinjam RM15,000 kat mereka. Kalau rasa tak nak susahkan mereka dengan minta duit sekaligus, boleh pinjam RM3,000 daripada 5 orang ahli keluarga. At least, tak adalah kita minta pinjam duit sedebuk.

 

Dan bila dah dapat duit itu balik, terus langsaikan segala hutang. Jadikan perkara ini satu keutamaan berbanding perkara lain ya. Tak elok tangguh hutang lama-lama.

 

Cara #3: Keluarkan duit kat KWSP Akaun 2

 

Ya. Ini salah satu cara yang boleh kita gunakan.

 

Simpanan dalam KWSP Akaun 2 boleh kita keluarkan untuk jelaskan bayaran deposit rumah pertama. Jadi, tak usah bermasam muka. Sebab impian untuk membeli rumah pertama boleh jadi nyata dengan cara ini.

 

Kita boleh rujuk laman web KWSP untuk dapatkan maklumat lanjut (klik sini). Ingat ya, ini hanya boleh kita buat dengan KWSP Akaun 2 saja.

 

Cara #4: Buat pinjaman peribadi (personal loan)

 

Nak ikutkan, dalam banyak-banyak cara kat atas, ini adalah cara paling ekstrim yang boleh kita buat.

Tapi, cara ini memang tak digalakkan untuk kita buat. Selagi boleh, elakkan buat hutang atas hutang lain yang kita buat. It is a big NO!

 

Sebab takut nanti aliran tunai (cashflow) jadi negatif pula. Tak pun, pinjaman peribadi lepas, tapi pinjaman perumahan pula yang sangkut.

 

Ini cuma sekadar pendapat peribadi saja. Mungkin ia betul, dan ada kemungkinan ia salah.

Paling elok, rajinkan diri buat kira-kira. Baru kita jelas dan tahu sama ada tindakan itu berikan untung kat kita atau sebaliknya.

Pesanan ikhlas Tok, elakkan ambil bulat-bulat buah fikiran orang tanpa berfikir dan timbang balik terlebih dulu. Sebab akhirnya, duit korang sendiri yang akan jadi mangsa. Bukan duit orang lain.

 

Tak salah ringankan mulut bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman. Ada masa, rajinkan diri hadir ke seminar atau kelas supaya kita jelas dan tahu apa yang kita patut buat.

 

Tak usah kedekut keluarkan modal untuk dapatkan ilmu yang bermanfaat. Korang nak beli rumah yang harga beratus ribu tau. Mana yang korang pilih? Bakal rugi pasal tak bersedia dengan ilmu, atau menuntut dulu baru mulakan tindakan?

Nak beli hartanah yang selamat dan tak rugi ni memang bukan perkara yang senang. Tambah lagi bagi yang baru pertama kali nak beli rumah. Tok faham perasaan anda. Sebelum nak beli rumah, anda wajib tahu 3 perkara ini.i.

 

Rumah tersebut boleh dibuat pelbagai sewaanii. Beli tak lebih harga yang sepatutnyaiii. Anda boleh duduk sendiri / sewakan / boleh jual balik.

 

“Tapi Tok, saya tak tahu macam mana nak cari rumah yang ada 3 kriteria ni.”

 

Berita baik! Tok ada tawaran khas untuk anda. 

 

 

Berminat untuk maklumat lanjut berkenaan WEBINAR PERCUMA Pada Masa Akan Datang sila wasap ke 

 

wasap.my/60176842836/FaizulRidzuan

 

wasap.my/60176842836/FaizulRidzuan

𝑹𝑼𝑴𝑨𝑯 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑨𝑴𝑨𝑲𝑼 - SKIM ZERO DEPOSIT PLUS+‼️‼️‼️
Mobile menu

Agency © 2018 | Created with MajuLink.com