CIRCLE KAMI MEMANG SELFISH..
Jujurnya, circle kami sebenarnya agak selfish. So circle kami di FAR Capital hari hari bincang benda begini
:.1. Cara nak kurangkan hutang bulanan tiap tiap bulan..
2. Cara nak bahagiakan keluarga sendiri biar boleh bawak famili pergi holiday tanpa perlu kira budget. Boleh duduk rumah semi-D dan pakai Merc secara percuma..
3. Cara nak beli hartanah bagus, positif cashflow 4-angka tanpa modal..
4. Cara beli rumah banyak tapi tak tindas B40 dgn beli rumah low cost. .
5. Cara nak tingkatkan ekonomi sendiri dan buat pendapatan extra part time RM5,000 - RM10,000 sebulan. Alhamdulillah dah lebih 50 client yang berjaya buat lebih RM10,000 dua bulan lepas. .
6. Macammana kami nak bantu ramai lagi orang bantu perbaiki kewangan mereka dan improve hidup mereka. Kami belajar banyak kelas tiap tiap minggu. .
7. Bagi orang muda peluang untuk duduk kondo elok dan baru dgn sewa bilik RM500 sebulan instead of mereka duduk bilik takde aircon dalam low cost apartment pada harga sama. .
8. Sibuk nak buat RM500,000 atau 7-angka minima dari the next property bullrun. .Jadi maaflah, kami tiada masa bergosip, mengumpat menyalahkan, mengungkit, dan iri hati pada sesiapa pun. Kami sibuk improve diri, cuba jadi kaya supaya kami boleh bantu orang lain pula nanti.
We cant give what we dont have 💪🔥
Berminat ambil peluang utk join sesi PERCUMA Faizul Ridzuan utk Zoom Briefing secara PERCUMA..
Tajuk “Property Losing Money? Here’s How To Deal With It”Briefing bagi penjawat awam, pekerja badan berkanun dan swasta yang masih menyewa atau tinggal di kuarters kerajaan dan berminat untuk buat pelaburan dengan membeli rumah dengan harga dan pakej istimewa..
Pembeli Rumah Yang Hendak Tahu Lanjut Mengenai Pelaburan Hartanah under Group Faizul Ridzuan dengan Harga Dan Pakej Istimewa Sebab Beli Rumah “Under Bulk Purchase” boleh juga join
Perunding Hartanah, Takaful dan Unit Trust yang hendak buat hustle income juga boleh join..
Berminat untuk saya daftarkan secara percuma tolong beritahu saya
majuproperty.com
majulink.com rumahselangorkl.com
Berminat untuk maklumat lanjut berkenaan WEBINAR PERCUMA sila wasap ke
wasap.my/60176842836/FaizulRidzuan
wasap.my/60176842836/FaizulRidzuan
Elak buat 5 ‘dosa’ ini sebelum beli rumah pertama
Tok yakin semua orang nak ada (paling kurang) sebiji rumah. Kalau ada yang dapat lebih tu, boleh la kira sebagai bonus.
Lagipun, nilai rumah yang dibeli tu akan meningkat dari masa ke semasa. Susah korang nak rugi, kecuali kalau tersilap beli.
Dan boleh tahan ramai yang terpaksa hadap masalah ni, akibat daripada kurang ilmu hartanah.
Kalau korang serius nak ubah masalah ini, hari ni adalah hari bertuah buat korang.
Sebelum beli rumah pertama korang tu, elak buat 5 perkara yang Tok baca kat blog Duit Kertas ni.
Beli rumah sewaktu umur masih muda memang menguntungkan. Sebab nilai rumah tu akan semakin meningkat.
Selain tu, korang jugak dapat jana pendapatan melalui sewaan. Ini dapat meningkatkan pendapatan korang setiap bulan, terutama sekali kalau kawasan tu ada permintaan yang tinggi.
Dan ada satu hakikat yang korang kena belajar telan.
Tak semua rumah yang korang boleh dijamin boleh buat duit dan bagi untung kat korang.
Ada beberapa keadaan dan faktor, dimana pembelian rumah tu akan menjadi satu kesilapan yang membebankan.
“Sentiasa ukur baju di badan sendiri.”
Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat.
Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung).
Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah.
Yang paling selamat untuk korang buat, adalah beli rumah yang tak lebih daripada 50% gaji korang.
Maksudnya, kalau korang bergaji RM3,000 sebulan, pastikan korang ansuran bulanan rumah tu sekitar RM1,500.
Kenapa Tok cakap macam ni?
Bila ansuran rumah terlampau mahal (lebih daripada 50% gaji korang), komitmen bulanan korang jugak akan jadi tinggi.
Lagi satu. Kalau kadar asas (base rate) meningkat, korang terpaksa tanggung ansuran bulanan lebih tinggi.
Sebelum korang merancang untuk beli rumah pertama, buat dulu satu bajet untuk bayaran ansuran kepada pihak bank supaya korang tak terbeban.
Korang perlu bersedia dengan kos yang perlu dibayar (selain daripada ansuran) seperti kos maintenance, Indah Water, baik pulih rumah, cukai pintu, cukai tanah, dan lain-lain lagi.
Korang juga perlu selitkan sekali kos yang mungkin akan meningkat pada masa depan, seperti kenaikan harga barang dan penambahan ahli keluarga yang baru.
Mungkin hari ni, korang tak rasa terbeban. Tapi pada masa akan datang, ansuran bulanan tu boleh menyebabkan korang tak dapat mengawal pengurusan kewangan dengan baik.
Antara kesan buruk yang bakal korang lihat adalah apabila gagal buat bayaran ansuran bulanan, rumah tu ada kemungkinan besar bakal dilelong kelak.
Elakkan selagi boleh membeli rumah secara terburu-buru tanpa buat dulu sebarang kajian dan analisis.
Kalau tak, rumah yang korang beli tu mungkin takkan datangkan keuntungan. Dan lebih teruk lagi, jadi punca kerugian kepada tuan empunya rumah.
Walaupun rumah yang dibeli tu untuk kegunaan sendiri, korang masih perlu buat analisis asas seperti :
Latar belakang pemaju,
Jenis-jenis fasiliti yang ada,
Kemudahan pengangkutan awam, dan lain-lain yang berkaitan.
Benda ni pulak, dah banyak kali jadi. Ada sesetengah keadaan dimana, tuan rumah terpaksa jual rumah dengan harga yang sangat rendah atas beberapa faktor, seperti :
Tak tahan dengan kejiranan dan bunyi yang bising,
Kadar sewa yang terlalu rendah,
Jalan susur keluar yang tak teratur (jadi punca kepada kesesakan lalu lintas).
Untuk pembeli rumah pertama, dah tentu banyak perkara yang terlintas dan bermain dalam korang punya minda.
Dan korang jadi macam tu sebab takut buat silap. Perkara ni, biasa berlaku kat ramai orang termasuk Tok sendiri.
Sebagai alternatif, ramai jugak yang dapatkan pondangan pakar, atau mereka yang berpengalaman dalam urusan jual beli hartanah.
Betul, mereka bergelar pakar dalam industri. Tapi, tak patut korang letakkan sepenuh keputusan membeli rumah di tangan orang lain.
Korang sendiri perlu bertanggungjawab ke atas keputusan yang korang nak buat, supaya korang berpuas hati dengan apa yang korang beli.
Kalau pandangan orang lain tu menjadikan korang terpaksa tanggung kerugian, korang mungkin akan rasa menyesal sebab tak buat dulu analisis awal.
Yang ni penting. Lebih-lebih lagi kalau korang takde pengalaman dan baru pertama kali nak beli rumah.
Ejen hartanah lebih tau selok-belok serta kelebihan dan kekurangan rumah yang korang nak beli tu.
Sebab tu, ejen hartanah adalah salah satu sumber untuk korang dapatkan maklumat tambahan. yang akan bantu korang buat keputusan membeli yang baik.
Ada jugak kes sebelum ni, yang mana pembeli ‘terbeli’ rumah dengan harga yang melebihi nilai sebenar rumah tu.
Dan bila perkara ni berlaku, pembeli terpaksa menambah duit sendiri, sebab pinjaman yang bank bagi tak mencukupi.
Ada satu lagi yang Tok nak pesan kat korang. Korang jugak perlu berhati-hati dalam memilih ejen hartanah supaya tak tertipu. Sekarang ni, banyak kes yang dilaporkan berkaitan dengan ejen hartanah kaki kelentong.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan korang berurusan dengan ejen hartanah yang sag dan dibawah naungan agensi yang berdaftar.
—
Sebelum nak beli rumah pertama, Tok tegaskan yang korang pergi cari ilmu dulu.
Dan selagi tak belajar, tangguh dulu beli apa-apa pun rumah yang korang suka. Walaupun masa tu duit dah confirm cukup.
Kalau tak nak duit korang ‘lebur’ macam tu je, baik korang sediakan diri betul-betul dulu. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal ya.
–
Nak beli hartanah yang selamat dan tak rugi ni memang bukan perkara yang senang. Tambah lagi bagi yang baru pertama kali nak beli rumah. Tok faham perasaan anda. Sebelum nak beli rumah, anda wajib tahu 3 perkara ini.i. Rumah tersebut boleh dibuat pelbagai sewaanii. Beli tak lebih harga yang sepatutnyaiii. Anda boleh duduk sendiri / sewakan / boleh jual balik.
“Tapi Tok, saya tak tahu macam mana nak cari rumah yang ada 3 kriteria ni.”
Berita baik! Tok ada tawaran khas untuk anda. Kalau anda mencari rumah yang selamat untuk dibeli, boleh klik gambar di bawah dan isikan maklumat anda. Team GilaHartanah akan hubungi anda secepat mungkin.
Agency © 2018 | Created with MajuLink.com